Cuba Jangan
kau suruh ku masak sedap-sedap
agar ibumu setuju
aku turutkan saja.
ku bergelut dengan sayur, ikan
yang namanya ku tak tahu
hingga akhirnya ku capai telefon
untuk panggil bomba.
aku bukan yang terbaik
tapi ku cuba
ku cuba
hanya satu yang ku pinta
agar kau cuba
kau cuba
jangan suruh aku jadi seperti dia
aku tak mahu walau ku daya
kalau tak nak
usah bilang kau nak
biar aku jadi seperti aku
bukannya susah untuk mengaku
ada sebab kau tinggalkan dia
kau suruh ku make-up lawa-lawa
agar temanmu cemburu
aku tepekkan segala.
ku bergaduh dengan bedak, gincu
yang tak serasi dengan ku
hingga akhirnya kau temankan aku
ke klinik pakar.
aku bukan yang terbaik
tapi ku cuba
ku cuba
hanya satu yang ku pinta
agar kau cuba
kau cuba
jangan suruh aku jadi seperti dia
aku tak mahu walau ku daya
kalau tak nak
usah bilang kau nak
biar aku jadi seperti aku
bukannya susah untuk mengaku
ada sebab kau memilih aku
mana mungkin ku kan terima
jadi bayang-bayang dirinya
dan berhenti menjadi aku.
jangan suruh aku jadi seperti dia
aku tak mahu walau ku daya
kalau tak nak
usah bilang kau nak
biar aku jadi seperti aku
bukannya susah untuk mengaku
ada sebab kau memilih aku
Kali pertama aku membaca lirik ini, lawaknya.. Kali kedua, aku masih ketawa.. Kali seterusnya, aku terasa seolah perlu diam, aku perlu menghayati.. ( tapi zaman skolah dulu, aku paling FAIL dalam memahami SAJAK / PUISI dalam subjek Bahasa Melayu.. hehehe.. ingat agi asyik gaduh jer ngn Cikgu Kamariah a.k.a cikgu BM aku.. )
Ok, back to business.. Jangan paksa aku utk menjadi dia. Aku tak mahu dipaksa utk menjadi seseorang yg bukan aku. Aku tidak mahu menjadi bayang² orang lain. Aku adalah aku. Kenapa pilih aku kalau kau mahukan Dia.
Aku juga tak perlu dipaksa untuk mencintai, aku juga tak perlu dipaksa utk menyayangi. Biarlah sgala dengan kerelaan hati. Hurmm.. tetiba lak serius n3 kali nih.. OK.. Cukup.. Bye~
No comments:
Post a Comment