Wednesday, June 15, 2016

[ YLP ] - Kisah Kami di Okinawa - 1


Haaaa.. tetiba up cerita tahun lepas.. Ni lagi la tak leh nak move on.. Sedangkan Melbourne aritu yang pergi seminggu pun tak ley nak move on, apatah lagi yang pergi selama 18hari ni kan.. Aku tatau la kawan2 aku yang pegi berbulan ke Ireland aritu, korang dah move on ke?


Bagi siapa yang berjaya ke program2 YLP nih, make sure passport anda siap sebelum pergi ke taklimat program, so that senang nak isi apa2 maklumat dan boleh buat Visa secara berjemaah. Setelah dilantik Tok Ketua dan AJK2 lain, maka pembahagian tugas boleh dimulakan. Yang best pasal group nih, semua orang sporting giler, siap ade volunteer hantar visa ke embassy. alhamdulillah. korang memang best arrrr~!!!


Yang kelakarnya, dari dulu aku mengelak utk pegang title bendahari, sekali nama aku dilantik jadi Bendahari ( gara-gara aku calonkan ida as timbalan tok ketua, ahaks~ ). Cuma nasib baik kerja bendahari ni simple jer utk program nih.. Duit yg dipegang pun cepat2 delegate dekat orang2 berkenaan dgn segera.


Alhamdulillah, kami menerima allowance untuk kegunaan sepanjang program ini. Bagi peserta YLP sebelum ini, diorang stay di hostel yang disediakan oleh pihak JICA, dan disebabkan hostel dah penuh, maka kami disediakan penginapan di hotel-hotel di Okinawa dan Tokyo. Yahuuuuu~~~!!! Upssss~~~


Dari segi kelengkapan, bab pakaian tu berapa helai pa suma tu malaih cheq nk cita.. Cuma pastikan barang2 penting mcm laptop, camera, charger, international adapter, extension, serunding, pek2 instant food Brahim's, Megi, raincoat, fork n spoon, bantal busuk (takut mlm ngigau rindu bau bantal busuk tu ) dan lain2 kelengkapan yg korang rasa penting. Disebabkan kami naik ANA Airlines, maka maximum beg kami boleh bawa hanya 2 baggage sahaja. Berat 1 beg tak lebih 20 or 25kg ek.. tak ingat la plak. Tapi aku cuma bawa 1 beg jer, dan 1 lagi aku bawa tong ais sebab nak isi breastmilk sepanjang aku ada di sana. Kalau korang, bawa beg jangan isi penuh sebab dari sana, korang akan pastikan beg2 korang diisi dengan ole2 untuk family dan kawan2 di sana. Jangan berlagak cakap tak beli pape, aku tengok kengkawan kat sini membeli, sakit pankreas i tau... Dalam ramai2, aku la yg membeli paling sedikit.. Kaaaannnnnnnn... gara2 beg kecik tuik...


Bab ANA Airlines ni juga, kami check in sendiri, aku rasa aku rajin handle, so aku ler yang buat utk check in dan pilih seat aritu. Aku dan Kak Pah tak dapat dipisahkan, sebab senang nak handle ebm. Dalam kapal terbang nak explain dekat stewardess dia utk bantu kitorg simpan ebm tu pun kelakar. Sibaek ade kak pah yang pandai buat bahasa isyarat. Ahaks~ Baru lah stewardess tu angguk2.. Harapnya betul la dia paham dan tak buat2 paham jer..




Gambar sebelum berlepas - Geng Jejaka



Gambar sebelum berlepas - Geng Wanita




Me, Kak Pah and Kak Yana




Tak pasti kamera aku ke kamera orang lain
Langit biru tak pernah mengecewakan aku




Ni hidangan kitorang dalam flight
Aku rasa sedap , tapi kawan2 lain setujuk ke tak?
I Love Japanese Food~~ Gituueee~~~




Ni gambar lepas disambut oleh Mr... errrkk.. damn, 
aku memang bermasalah ingat nama.. 
Nanti aku update.. 




Yeay~!! Dah jejak kaki di Airport.. 
Siap bawa banner k daripada Malaysia
Semangat kan kami~



Kami naik van menuju ke Hotel Hokke Club Naha Shintoshin
Aku dah tulis dalam entry sebelum ni pasal penginapan kitorang
sepanjang program 




Ada dalam setiap hotel yang kami duduk
Ada tak kawan2 YLP saya yang amik baju tidur yang hotel sediakan?
Kalau boleh, nanti share yer kat group whatsapp.


Lokasi hotel kami menarik giler baboon.. 
Dekat giler dengan Mall, sebelah ade kedai 100Yen
Jalan belakang sikit ade Pachinko.. hahahha.. 
kalau jogging sket ade Park.. Shintoshin Park.. 
MTR station pun dekat.. Seriously, memang menarik gilerk
Aku suggest kalau nak g Okinawa, ley stay hotel hokke club ni
Jangan tanya berapa RM, aku tak usha sebab aku duk free.. ahahahhhaha~

eh.. aku da cerita la dalam entry tu.. 
baca lah.. 




So, malamnya, kitorang jengjalan dekat Naha Main Place
Berdekatan giler nak mahfuzzzz dgn hotel kami.. 

Nah.. Ahada sedang sibuk mencatat harga SKII 
yang lain2 usha jer.. 
Aku dan SKII ada magnet menolak sikit.. 
Bukan tak mampu, tapi sebab memang tak pakai pun
Jangan buang duit.. baik cari benda lain.. Ahaks~



Wujud lagi Tamagotchi nih.. ingat dah ditelan zaman
Harga dia hampir cecah 6000Yen jugak tuh.. fuhhhh~~~




Bagi peminat kopi cm En Fadzil a.k.a Incik Suami,
mungkin dia agak meroyan jugak aku rasa kalau mai sini
Cakap jer nak minum kopi camne, hot or cold.. 
Semua siap.. Rasa jangan tanya aku.. 
I dont drink coffee~




Yakult~!! 100 yen
Aku amik gambar sebab nak jeleskan anak aku
Why? Tuuuu.. kan ade frozen tu.. hahahhaa
Nampak tak Pn Mama saje cari pasal dengan anak dia



Ni pulak KitKat yang ramai jugak order
Aku kira2 macam lebih kurang sama jer dengan kat Malaysia
So, aku tak belikan. Hehehehhehe~



Ni pulak gambar aku dekat Tsutaya
Komik dan Manga banyak gila.. Fuhhh~!!!
Tapi kalau kau pandai bahasa Jepun ok lah..
Kalau standard bahasa Jepun ko sama level dengan aku, 
tayah berangan la. Takde ape ko paham selain drp tgk gambo je la


Ok lah.. aku stop dulu..



Untuk pengetahuan, entry ni tidak ditulis pada hari ini
tapi entah ler berapa lama ntah dlm draf


Gambar yang ade dalam entry ni juga hasil ihsan rakan2 YLP dan ada yg daripada camera aku sendiri.. dah berterabur dah gambar sebenarnya.. sebab banyak sangat folder.. pening mak.. ~




Monday, June 13, 2016

[ TulisTulis ] - Sampah atau Babi



Akhirnya, dengan perlahan lahan perasaan itu terpaksa dilepaskan. Sambil senyuman yang masih terukir di wajah, perkataan "SAHABAT" itu dipatah-patahkan lalu dicampak ke dalam tong sampah hitam.


SAMPAH.
Iya, ini sampah ; tidak perlu dikitar semula.


Apakah perkataan paling sesuai selain SAMPAH utk digelar sahabat yang menjaja aib sahabatnya tanpa rasa bersalah. Takkan "BABI"?



Harris Abidin
1.00pm
Kayangan



Tuesday, June 07, 2016

[ Puisi ] - Happy 6th Anniversary



Ku toleh belakang memori
Di unit ini aku berdiri
Gadis di hadapan siapakah ini?
Mataku merangsang enzim hati
Yang telah diadun diformulasi
Persamaan kimia itu dan ini

Inginku katakan begini
Milik siapakah gadis ini
Comel laksana pramugari
Dari Scandinavia hinggalah ke Hungary
Jauh sekali Mahsuri di Langkawi
Meruntuhkan Tembok Berlin hati
Melancarkan satelit cinta suci
Barat mengatakan cinta itu februari
Islam menyebarkan cinta setiap hari

Ku semat di lubuk hati
Ku tidak ingin gadis ini pergi
Meninggalkanku sendiri
Termimpi
Meruntuhkan mahligai yang dinanti
Hitam kulit dek panas mentari
Pastiku kesal apa yang terjadi

Gadis ini..
Sudikah dia menyambut cinta abadi
Menutup suis radar permaisuri
Yang masih aktif di saat ini
Ayuh kita bina satu famili
Mengimbangkan rusuk kanan dan kiri
Yang masih ku cari
Berkongsi segala emosi
Fantasi
Motivasi
Modifikasi
Majazi
Menghapuskan segala halusinasi
schizoparanoia
Yang acapkali terinterprestasi

Ku pandang pula kini
Gadis ini melengkapkan seorang lelaki
Menghembus jauh segala komplikasi
Berkongsi komunikasi dan konfrantasi
Dari fantasi menjadi realiti
Kaulah gadis juga isteri
Nur Zuraiha a.k.a Aizuemi
Yang amat kucintai
6 tahun sudah kasih kita bersemi
happy anniversary.....





Terima Qaseh Incik Suami.
Shaye Shukeeeee~!!! 



#FadzilMusnin

[ PUISI ] - Peta


PETA

Kau ada, kan?
Kau ada dekat-dekat sini, kan?
Jadi kenapa?
Jadi kenapa kau sembunyi-sembunyi?
Kau sangka kita hidup lama lagi?
Kau nampak, ini?
Kau nampak peta yang aku pegang ini?
Dah renyuk, dah naik lunyai aku usung ke sana ke mari
salah jalan
patah-patah balik
Payah sangat, kah?
Payah sangatkah utuk kau berdiri
keluar dari sebatian lautan ini
dan teriak :
"Oi! Akulah orangnya!
Akulah orangnya yang bakal kau jaga sampai tua!"
Kau tak bersuara pun tak apa.
Kau angkat tangan saja pun tak apa.
Kita cuma perlu bertentang mata,
sebelum peta terkoyak jadi dua.



Kredit to Wani Ardy

Sunday, June 05, 2016

[ Travel ] - My Melbourne Trip - Day 6


Wow.. it takes me a few weeks to update the last chapter of my trip to Melbourne
I hope this story has not spoiled yet


Hari keenam kami gerak pagi² ke Queen Victoria Market ( again~ )
Sampai² masih banyak gerai yang baru nak buka
Saja usha² apa ole² yang nak dibawa pulang ke Malaysia
Cinta-cinta ku ramai sehinggakan terfikir 40 juta kali
Mcm mana mau dibawa pulang 
andai beg yang dibenarkan bawa ke atas hanya 7kg sahaja
Harap Cinta-Cintaku mengerti


dan kalau di sini, jangan terkejut kalau tengok tokey / pekerja di gerai² ni 
boleh berbahasa Melayu
"Dua Sepuluh" , "Ini Tiga Limabelas" 
"Cantik, Tak Cantik Saya Tak Ambil" <-- aku="" hampeh="" malu="" mmg="" one="" p="" sesaat..="" this="">
tak sangka dia paham ape aku cakap dgn si Jamy.. 


Tips : 
1. Pusing² la dulu, compare the price.
2. Tawar selagi boleh tawar. Some of them can negotiate.



After pusing² QVM, kitorang gerak ke DFO
Disebabkan tiada apa yang menarik hati ini, maka kat DFO kejap jer
Pastu kami pusing² sekitar CBD.


dan pada malamnya
kami tidur di St Kilda Beach


Peringatan : Sila check dulu tempat parking korang tu, sama ada parkingnya sampai jam 7 atau jam 12 tengahmalam. Kami da cuak giler sebab ingatkan charge parkir ni sampai kul 8pm jer, sekali kat St Kilda Beach ni dia bantai sampai kul 12am.. Serious part ni kami mmg nebes sbb takut kena saman. Saman sini tak murah kalau kau terpaksa convert kepada Ringgit Malaysia. Darab 3.03 beb~!!!


Da berdebau² tu, kitorang gerak terus ke Airport jer la
Hantar kereta pastu nek atas and tidur~~~~


Tunggu mau terbang pulang the next morning~
Kisah hari ke-7 gua tak cerita la.. 
Sebab awal pagi dah naik kapal terbang untuk pulang~
























Ini pula daripada GoPro pinjam
milik Ody~