Saturday, August 06, 2011

[ ME ] - Rajin Pulak Aku Nak Bercerita Panjang..

Hari ini, aku terkejut lagi.. Cuak sangat2 bila nmpk ape yg tak patut aku nmpk dalam kandungan pee pee aku.. Kebetulan encik suami balik kampung sebab mahu berbuka puasa dengan family dia, aku da mintak izin utk tak pulang sbb aku sendiri tak yakin dengan condition aku dan DIA.. dan.. awiz, k yi and aisyah hantar aku ke Hospital Serdang.. 

Well.. Alhamdulillah, once register, attendant hospital tu terus bw aku naek wilcha.. malu lak aku kena tolak atas wilcha tu.. hehehe.. tapi ok gaks, ini semua pengalaman.. so,aku tatau la diorg bw aku ke unit ape, bilik ape.. sbb aku tak smpt bc ape2 signboard pun kat spital tu.. aku ditempatkan dekat dgn tingkap.. katil huuuuujung skali.. baek.. port baek brader attendant tu taruk aku.. tq bro...

ok.. aku tunggu , sape la nk entertain aku ni.. tunggu punya tunggu.. dtg sorg brader amek blood pressure aku and betulkan posisi katil aku yg spy t'angkat sikit.. haaa.. baru la aku ley baring dgn tenang.. ok, blood pressure aku normal.. pastu, aku msj adik aku suh g bli murtabak n blk dulu.. hehehe.. kesian kat diorg kalo nk tunggu pun.. musti lama nih.. 

orait.. aku msj la inform hubby aku.. kang bising lak kalo aku tak gtau.. sementara tu, aku tunggu punya tunggu.. datang la sorg doc yg cun , tinggi dan lemah lembutttttt tanya psl aku.. ok, explain2.. dia pun check la.. then.. dia suh aku tunggu jap.. ok, aku da biasa mnunggu nih.. tak kisah punye.. tak lama pastu, dtg 3 orang brader.. rupenye nak amik darah n suh aku g isi 2 bekas botol dgn pee pee aku.. aiyoooo.. mn ade air nk keluar lagi.. sblum dtg sudah 2 kali pee pee.. time dia nk amek drh, aku da dia xkan success.. sbb dia try amek drh dr tgn kiri aku.. bdasarkan pengalaman aku dulu, urat tangan kiri aku sgt halus.. hny yg expert jer bjaya amek aritu.. so,, brader tu tukar ke tangan kanan.. ok.. SUCCESS!

tapi utk pee pee.. aku kena g toilet 2x .. hehehe .. x cukup la utk isi 2 botol .. then.. tunggu2.. doc td dtg panggil aku suh masuk bilik 5.. ooo.. aku da nmpk alat yg aku rasa aku suka sangat sepanjang hampir 12 minggu nih.. sbb bila nmpk alat tu, i will see "IT" .. and.. yes.. i saw IT again .. and .. sooooo cute.. IT getting bigger .. and alhamdulillah.. selamat... cuak aku...

lepas check.. aku disuruh tunggu d tempat tadi, and tunggu keputusan pee pee n darah.. ok.. skali lagi.. tunggu punya tunggu punya tunggu... datanglah keputusan.. doc ckp everything is fine.. take good rest and dont stress ~ hurmm.. baek doc.. sy tau.. dan jgn buat KERJA BERAT ... ye doc, sy da lama pencen jadi buruh kasar sjk sy jadi tukang sapu nih.. sbb bg sayalah doc, kerja berat tu mcm petani, membanting tulang mengerah tenaga, buruh kasar yg bancuh simen buat bangunan,mungkin ibarat nelayan yg meredah ombak  badai menongkah arus.. dan mungkin juga kerja berat nih mcm potong kayu balak di dalam hutan.. 

Terima kasih adik doktor... Terima kasih semua yg membantu sy pada hari ini.. hehehehe~ 

ok lah.. aku tetap bersyukur segalanya selamat.. alhamdulillah... dan kwn2.. jgn ponteng puasa... 



Wednesday, August 03, 2011

[ Me ] - Well.. Puasa Puasa Jugak ..


N3 Ntah Pape..

Agak tidak menarik kan?
Tapi ade aku kesah?
mmg TAKKKKKKKK aahhhh...






Muke ni sangat menakutkan.. Nak kata muke belalang pun ade~




Ini pulak muke MANJE... laaaaaaaaaaaaaa kononnyerrrr~ 




Dan... Muke tahan gelak.. hahahhhahaha~
I Love You Ummi~!!!








Dan... Ini..... BUDAK PETAK...
ala² SPONGE BOB~ hahahahhahahahah~




Tuesday, August 02, 2011

[ Me ] - Kami Bukan Monyet~




EHEM... 
WHY SHOULD U CALL 'EM MONKEY?


Tak ley blah dengan statement daripada ISTERI KAPTEN PASUKAN SINGAPURA
yg mengatakan AMIRUL dan SAFEE as MONKEYS


Bulan Ramadhan pun mengutuk ke?
Udah² la tu.. 
Bersukan bukan untuk cari pasal la.. 
Bawak² mengucap ~






[ Quote ] - Ai ..





In relationship,
sometimes LOVE'S not enough.
It takes a lot of
EFFORT
and
PATIENCE
to make the commitment stronger.


Monday, August 01, 2011

[ Me ] - PENTINGNYA ...


Mungkin "AKU" tak sedar betapa pentingnya penjagaan pemakanan dalam SITUASI aku sekarang.. Kelihatan seolah² pengabaian berlaku tanpa disedari.. heiii... tak sayang DIA ke?????~


OK OK.. aku rasa "AKU" perlu abaikan KEINGINAN NAFSU yang bukan² dan tumpukan kepada perkembangan dan kesihatan aku dan DIA.. Jangan terlalu pentingkan DIRI SENDIRI dan menjadi PUNCA PENAMBAH STRESS~  OK... Jom Usha Apa Santapan Perut yang patut diberi perhatian~



1. Protein -
meningkatkan tahap kepekaan. Terbentuk dari asid amino. Tirosin boleh meningkatkan penghasilan dopamine, norepinephrine and epinephrine. Pengambilan makanan berprotein boleh meningkatkan tenaga mental. Makanan yang mengandungi protein termasuklah ikan, ayam, daging dan telur. Kekacang (seperti yangterdapat dalam Diafood), susu, keju dan tofu.



2. Karbohidrat -
ANTI STRESS dan MEMBERI KETENANGAN. Karbohidrat merangsang pelepasan insulin ke dalam aliran darah. Ia akan mengeluarkan asid amino dari dalam darah kecuali trptophan yang akan diserap ke dalam serotonin. Kerana itulah ramai yang berdiet akan mengalami depresi lebih kurang dua minggu kerana tahap pengambilan karbohidrat yang terlalu rendah. Makanan yang mengandungi karbohidrat termasuklah roti, gandum, nasi, emping dan buah-buahan. Untuk kesan yang lebih baik, makan protein dan karbohidrat secara berasingan.


3. Asid Folik -
mencegah dipresi. Kekurangan asid folik boleh mengakibatkan paras serotonin di dalam otak menurun. 200 mikrogram mencukupi untuk mengatasi dipresi dan jumlah ini boleh didapati dari sayur bayam atau meminum segelas jus oren.


4. Selenium -
mencegah dari cepat marah. Kemurungan, keradangan, degil dan susah hati berlaku kerana kekurangan selenium. Selenium boleh diperolehi dari kekacang (Diafood), sandwich tuna dan biji bunga matahari.



5. Flavonoids -
Tindakan antioksida dari flavonoids melindungi dari berlakunya hilang ingatan disebabkan oleh faktor ketuaan dengan cara menghalang kerosakan akibat radikal bebas dan meningkatkan aliran darah. Koko di dalam susu Intel-Lac mengandungi flavonoids yang diperlukan untuk kesihatan minda.



ahaks~.. aku gurau ar.. jangan ditelan laks besi2 nih...

6. Zat Besi -
Kekurangan zat besi dikaitkan dengan masalah ingatan jangka pendek. Sekiranya kekurangan zat besi berlaku di kalangan kanak-kanak ia boleh merencatkan keupayaan pembelajaran mereka. Penyelidik mendapati zat besi membantu meningkatkan aktiviti neurotransmiter di dalam otak. Ia boleh didapati dari kekacang, kekeras, sayuran daun hijau, ikan dan telur.



7. Vitamin E -
Tahap vitamin E yang rendah di dalam darah dikaitkan dengan kelemahan sewaktu ujian mengingat. Vitamin E boleh mengurangkan kerosakan tisu disebabkan oleh radikal bebas. Diafood mengandungi vitamin E.




NI BARU TENTANG SANTAPAN PERUT... LATER AKU SEDIAKAN PASAL SANTAPAN ROHANI PLAK... AHAKS~